Lindungi Internet yang Terbuka
Mozilla berusaha untuk memulangkan kawalan internet ke tangan para penggunanya.
Bersama, kita mampu menjadikan internet lebih ringkas, selamat dan percuma — untuk semua.
Baca berita & artikel Mozilla yang terkini
Mari kita bina masa depan yang lebih adil dan saksama
Lihat bagaimana kami memupuk persekitaran dalam talian yang lebih beraneka, terangkum dan mudah dicapai.
Sertai kami dan bawa perubahan




Sertai kami dan rentasi segala kemungkinan — tanpa berkompromi tentang isu-isu mustahak.
Kasih komuniti, penjana kekuatan kami
Mozilla adalah suatu komuniti sukarelawan, rakan taulan dan penyumbang sejagat yang bersama-sama membina, melindungi serta membentuk internet yang kita kenali hari ini sejak 1998.
Ahli komuniti adalah tulang belakang kepada usaha kami — menulis kod, mengenal pasti pepijat sehingga kepada memperjuangkan hak privasi dan keterbukaan internet untuk semua. Semangat dan dedikasi mereka menjadi inspirasi kami setiap hari.


